Tuesday, October 19, 2010

Senarai Ulam-ulaman dari Pokok Kecil dan Besar

Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, atau direbus sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bunga.

Di Malaysia terdapat lebih daripada 120 jenis tumbuhan telah dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada tumbuhan kecil dan melata jenis semusim seperti pegaga sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar jenis saka seperti petai, jering dan dan kerdas. Berikut adalah senarai ulam yang biasa dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu:

Senarai Ulam dari Pokok Renek dan Saka
  1. Ara Nasi (buah dimakan mentah)
  2. Asam Gelugor/Asam Keping (pucuk dimakan mentah)
  3. Bebuas (pucuk dimakan mentah, dicelur atau direbus)
  4. Beluntas (pucuk dimakan mentah)
  5. Beka/Molar
  6. Betik (pucuk direbus)
  7. Gajus (pucuk dimakan mentah)
  8. Ganda Rusa/Daun Rusa
  9. Geti Bunga Merah (pucuk direbus dan bunga dicelur)
  10. Geti Bunga Putih (pucuk direbus dan bunga dicelur)
  11. Jering (buah dimakan mentah)
  12. Kayu Manis (pucuk dimakan mentah)
  13. Kedondong/Amra (pucuk dimakan mentah)
  14. Keladan (bunga dimakan mentah)
  15. Kelat Paya (pucuk dimakan mentah)
  16. Keman (pucuk direbus)
  17. Kerdas/Genuak (buah dimakan mentah)
  18. Lemak Ketam/Mata Itik merah (pucuk mentah)
  19. Lemak Ketam/Mata Itik putih (pucuk mentah)
  20. Mengkudu Besar (pucuk direbus)
  21. Mengkudu Kecil (pucuk direbus)
  22. Mengkudu Siam (pucuk direbus)
  23. Nangka (buah muda direbus)
  24. Paku Rawan (bunga direbus)
  25. Pala (pucuk dimakan mentah)
  26. Peparu
  27. Petai Belalang (buah dimakan mentah)
  28. Petai Gajah (buah dimakan mentah
  29. Petai Padi (buah dimakan mentah
  30. Pina-pina
  31. Pucuk Ara (pucuk dimakan mentah)
  32. Putat Kampung/Putat Ayam (pucuk dimakan mentah)
  33. Putat Hutan (pucuk dimakan mentah)
  34. Salam/Serai Kayu/Samak (pucuk direbus)
  35. Salang (pucuk direbus)
  36. Sepayang
  37. Setang
  38. Tebengau (pucuk dimakan mentah)
  39. Tenggek Burung/Cabang Tiga (pucuk dimakan mentah)
  40. Timba Tasik

Senarai Ulam dari Pokok Tutup Bumi dan Pokok Kecil
  1. Akar Som/Ginseng Jepun (pucuk mentah)
  2. Balik Angin
  3. Batang Lambok (sejenis keladi)
  4. Bangun-bangun (pucuk dimakan mentah)
  5. Bayam (daun dicelur)
  6. Bayam Pasir (daun dicelur)
  7. Bayam Itik (daun dicelur)
  8. Bayam Duri (daun dicelur)
  9. Bayam Merah (daun dicelur)
  10. Bendi (buah direbus)
  11. Betik (bunga direbus)
  12. Cakar Cikri (daun dicelur)
  13. Cemperai
  14. Cemumar/Semeru
  15. Cekur (daun dimakan mentah)
  16. Cekur Manis/Asin-asin (pucuk direbus)
  17. Cili Bulat (buah dimakan mentah)
  18. Daun Kari/Daun Karipulay (pucuk mentah)
  19. Gelam Tikus
  20. Geli-geli
  21. Getang Kerabu
  22. Jantung Pisang (direbus)
  23. Kaca Lima
  24. Kaduk (pucuk dimakan mentah atau direbus)
  25. Kangkung Air (pucuk direbus)
  26. Kangkung Darat (pucuk direbus)
  27. Keledek (pucuk direbus)
  28. Kelor/Munggal/Munggai
  29. Kemahang
  30. Keman (pucuk direbus)
  31. Kuncur
  32. Kacang Botor (buah dimakan mentah)
  33. Kacang Panjang (buah direbus)
  34. Kemangi (pucuk dimakan mentah)
  35. Keramak Merah (pucuk direbus)
  36. Keramak Putih (pucuk direbus)
  37. Kesom (pucuk dimakan mentah)
  38. Ketumbar Jawa
  39. Kunyit (bunga dimakan mentah)
  40. Kobis Bulat (daun dimakan mentah)
  41. Lobak Merah (ubi dimakan mentah)
  42. Mata Ayam
  43. Manguk (daun dicelur atau dimakan mentah)
  44. Maman
  45. Mulberi (pucuk dimakan mentah)
  46. Murukia
  47. Pegaga Brunei (daun dimakan mentah)
  48. Pegaga Embun (daun dimakan mentah)
  49. Pegaga Gajah (daun dimakan mentah)
  50. Pegaga Kampung (daun dimakan mentah)
  51. Pegaga Nonya (daun dimakan mentah)
  52. Peppermint (daun dimakan mentah)
  53. Peria/Peria Katak (buah direbus)
  54. Peria Pantai/Lelada (daun dicelur atau dimakan mentah)
  55. Pudina (daun dimakan mentah)
  56. Paku (pucuk direbus)
  57. Paku Miding (pucuk direbus)
  58. Paku Putih/Paku Uban/Paku Kubuk
  59. Paku Rawan (pucuk dan bunga direbus)
  60. Pisang (jantung direbus)
  61. Pucuk Paku (pucuk direbus)
  62. Sabung Nyawa/Akar Sebiak merah (pucuk dimakan mentah)
  63. Sabung Nyawa/Akar Sebiak hijau (pucuk dimakan mentah
  64. Saderi/Saderi Cina (daun dimakan mentah)
  65. Salad (daun dimakan mentah)
  66. Selada
  67. Semangi
  68. Sekentut (pucuk direbus)
  69. Selasih (pucuk dimakan mentah)
  70. Selom (pucuk dimakan mentah)
  71. Temu Kunci
  72. Temu Pauh
  73. Terung (buah direbus)
  74. Terung Pipit (buah dicelur)
  75. Terung Telunjuk (buah direbus)
  76. Tomato ((buah dimakan mentah)
  77. Tong Ho
  78. Timun/Timun Cina (buah dimakan mentah)
  79. Timun Tikus (buah dimakan mentah)
  80. Ubi Kayu (pucuk direbus)
  81. Ulam Raja (pucuk dimakan mentah)



1 comment:

  1. salam...sye dri giat mara bentong..blh x sye nk mntk no f0n...c0z sye byk nk tnye pasal ulam ulaman ni...utk nk masak m0dul ulam...

    ReplyDelete